Guru Adalah Insan Yang Telah Mencurahkan Ilmu Dalam Diri Kita Semua!!!!!
Dalam era pasca kemerdekaan ini,dunia pendidikan kerapkali dihujani dan digemparkan dengan pelbagai isu terutama yang berkait dengan guru. Di dada akhbar, isu yang melibatkan guru bagaikan menjadi satu topik hangat yang sering diuar-uarkan bagai dan begitu laris bagai pisang goreng panas. Isu beban tugas guru, kenaikan gaji guru, guru dibenarkan berpolitik dan pelbagai lagi isu yang melibatkan profesionalisme guru dan keguruan diperbincangkan. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980) dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.
Salah satu isu yang berkaitan dengan bidang keguruan adalah isu beban tugas guru. Isu ini bukanlah isu baru namun sehingga kini isu ini masih menjadi topik yang kerap dibincangkan. Buktinya, sudah banyak tajuk ataupun isu ini diperkatakan di dada akhbar, blog-blog dan sebagainya. Sebagai contohnya adalah :
- Beban Kerja Guru Kini Terlalu Berat - Utusan Malaysia 23 Januari 2008
- Seksa Jadi Cikgu - Berita Harian 1 April 2010
- Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru - Utusan Malaysia 24 Mei 2010
- Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru - Utusan Malaysia 1 April 2010
- Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam - Utusan Malaysia 21 November 2011
- Muhyiddin - Utusan Malaysia 16 Mei 2012
- 14 Isu Guru Ditangani - Utusan Malaysia 17 Mei 2012
Sepertimana yang kita ketahui, guru dapat didefinikan sebagai pendidik, pengasuh dan orang yang mengajar. Tugas pula mempunyai definisi iaitu kewajipan sesuatu atau dalam kata lain kerja adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Beban pula bermaksud jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem yang mesti dilaksanakan ( Kamus Dewan Edisi Keempat,2007). Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan ini, dapat disimpulkan bahawa tugas utama seorang guru ialah mengajar dan mendidik dalam suasana pengajaran dan pembelajaran bersandarkan kepada kewajipan mereka sebagai guru. Walaubagaimanapun, tugas guru saban hari semakin bertambah.
Kesimpulannya di sini, bukan sahaja pelajar yang mempunyai tugas untuk dibuat bahkan beban seorang guru lebih besar dari apa yang kita bayangkan. Mahupun pada umumnya guru dilihat seperti tiada kerja bagi pandangan seseorang pelajar, namun setelah dia melihat tempat duduk atau kerja gurunya, barulah dia tahu betapa banyaknya tugas yang harus guru lakukan. Oleh hal yang demikian, kita sebagai seseorang yang pernah menjadi pelajar atau yang pernah diajar oleh seseorang yang bernama guru mestilah menghormati dan menghargai jasa baik guru-guru kita kerana setiap ajaran yang diajarnya adalah ikhlas dikurniakan untuk kita walaupun guru mempunyai banyak tugas untuk dipikul.
Hargailah Guru Anda...Tanpa Mereka,Anda Tidak Ada Di Mana Anda Berdiri Sekarang :).....
No comments:
Post a Comment